Monday, July 6, 2009

pIkAt wAnItA dEnGan kAtA-kAta.........



tips untuk pikat si jantung hati :


  • PUJI DENGAN KATA2 MANIS
apabila anda meminati seorang wanita, ungkapkanlah kata2 manis di awal perkenalan. beritahu dirinya bahawa anda sudah lama memerhatikan dirinya, menyukainya dan dan menyenangi akan sikap-sikapnya. percayalah apabila anda memulakan sebuah pujian, sudah tentu si gadis manis yg anda puji itu akan tersipu-sipu malu. wanita luarnya nampak keras tetapi dalamannya sangat lembut. jadi pujilah dengan kata2 yang manis, percayalah si dia akan menjadi milik anda.ungkaplah kata2 yang anda menyukai dirinya dan tanyalah pada teman, adakah dia juga berperasaan yang sama. sudah pasti mukanya akan merah tersipu-sipu malu.
  • JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN KATA2 KESAT
sesetengah orang suka bergurau dan ada kalanya perkataannya agak kasar didengari. sekali pun bergurau, jangan anda memperlekehkan dirinya. ini merupakan satu kesalahan yang agak besar dan kalau anda tersalah langkah, anda akna rugi kerana si dia sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan perhubungan. tidak ada orang yang suka kepada perbuatan yang menyakitkan hati.sebaliknya pujilah dia dan percayalah hubungan anda akan lebih bertambah mesra.
  • JANGAN BERSIKAP KASAR
memarahi, memperlekeh, memperbodohkan orang dan sebagainya adalah satu sikap biadap dan paling tidak digemari oleh wanita. kadang kala kita sudah terbiasa mengeluarkan kata2 begitu ketika bergurau dengan kawan2 lelaki tetapi ingatlah, jiwa wanita tidak sama dengan lelaki. jiwa mereka lebih sensitif dan mudah terluka. jangan hanya disebabkan dengan satu dua perkataan begini,hubungan anda akan renggang. bersopanlah kerana lelaki yang bersopan biasanya lebih disukai dan diminati oleh ramai wanita.

  • JANGAN TUNJUKKAN MEMEK MUKA
memek muka ketika berbicara juga adalah satu aspek penting dalam sebuah perhubungan. kalau si dia berbicara dengan anda, jangan sesekali membuat memek muka seolah-olah anda tidak bersetuju dengan pendapatnya itu. sebaliknya, kalau anda tidak bersetuju dengan pendapatnya, berilah komen-komen yang agak positif.

so..renung-renungkanlah ek..

No comments:

Post a Comment